Psikologi Pendidikan

Pedoman Untuk Guru dan Ibubapa

by Zainudin Abu Bakar


Formats

Softcover
$27.95
Hardcover
$45.95
E-Book
$3.99
Softcover
$27.95

Book Details

Language : Other
Publication Date : 4/11/2014

Format : Softcover
Dimensions : 5.5x8.5
Page Count : 376
ISBN : 9781482826074
Format : Hardcover
Dimensions : 5.5x8.5
Page Count : 376
ISBN : 9781482826081
Format : E-Book
Dimensions : N/A
Page Count : 376
ISBN : 9781482826098

About the Book

Pendidikan merupakan suatu tugas yang mencabar. Baik sebagai guru di sekolah mahupun ibubapa di rumah, tugas mendidik dilihat sebagai suatu tanggungjawab. Justeru adakalanya menyebabkan kita terlepas pandang dengan melihat tugas mendidik hanyalah berlaku di sekolah sahaja. Oleh itu aktiviti meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mendidik dianggap hanya perlu dilakukan oleh guru di sekolah. Buku ini menjelaskan mengapa setiap individu sebenarnya merupakan pendidik. Samada sebagai guru di sekolah, ibubapa di rumah, mahupun ahli masyarakat, kita semua perlu sentiasa berusaha menambah pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam mendidik. Tanpa usaha meningkatkan kefahaman dan kemahiran maka proses mendidik anak-anak didik kita lebih menjurus kepada ‘trial and error’ dan merugikan. Dalam buku ini perbincangan tentang teori, kaedah, strategi dan pendekatan psikologi dalam mendidik telah dilakukan dengan membandingkannya dengan pengalaman-pengalaman seharian. Penulis telah dengan sengaja membandingkan pengalaman-pengalaman seharian yang beliau lalui baik sebagai guru di sekolah atau pensyarah di pusat pengajian tinggi mahupun sebagai bapa di rumah supaya kefahaman dan penguasaan kemahiran mendidik dapat difahami dengan lebih mudah. Menjadi harapan penulis supaya buku ini dijadikan sebagai rujukan tambahan berkenaan dengan proses memahami dan meningkatkan kemahiran mendidik dalam kalangan kita semua. Amiin.


About the Author

Penulis adalah pengajar di UTM Johor, Malaysia. Beliau banyak menerbitkan artikel berkenaan dengan pendidikan dan psikologi dan buku ini merupakan salah satu daripada karya beliau yang pernah dihasilkan. Mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang psikologi dan pendidikan terutamanya dalam konteks sekolah, keluarga, pendidikan tinggi dan juga masyarakat.