KANSER DAN KEMOTERAPI

Bagaimanakah Aku Melaluinya?

by Zaiton Mohamad


Formats

E-Book
$3.99
Softcover
$14.25
E-Book
$3.99

Book Details

Language : Other
Publication Date : 24/11/2014

Format : E-Book
Dimensions : N/A
Page Count : 56
ISBN : 9781482827743
Format : Softcover
Dimensions : 6x9
Page Count : 56
ISBN : 9781482827736

About the Book

Buku ini mengisahkan perjalanan dan pengalaman yang dilalui oleh seorang pesakit Kanser Ovari yang begitu gigih melawan penyakit yang sedang dihidapinya. Walaupun kehadiran penyakit tersebut tidak disedari dan berlaku dengan begitu pantas, beliau tetap bertekad dan berusaha untuk sembuh semula daripada menunggu ajal tiba. Segala pengalaman pahit manis yang dilalui ketika mula menghidapi penyakit ini sehingga selesai menjalani rawatan kemoterapi telah dikongsi dalam buku ini. Kaedah perubatan moden yang digabungkan bersama-sama dengan kehebatan sumber semula jadi telah menjadi faktor utama kepada proses penyembuhan penyakit beliau. Setiap perincian cara atau kaedah rawatan yang digunakan telah dihuraikan dengan jelas dan lengkap. Pembaca boleh memilih mana-mana cara atau kaedah rawatan yang sesuai untuk dijadikan panduan dan bimbingan bagi merawat dan mencegah penyakit ini. Buku ini bukan sahaja menawarkan pelbagai panduan penyembuhan dan pencegahan penyakit kanser secara fizikal tetapi juga boleh digunakan sebagai sumber kekuatan spiritual ketika menempuhi hari-hari yang sunyi dan sedih sebagai pesakit kanser.


About the Author

Zaiton binti Mohamad dilahirkan pada 10 Disember 1959 di Muar. Beliau merupakan seorang pendidik yang bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Bidang kepakaran beliau ialah Pendidikan Muzik. Beliau terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti pendidikan di institusi pendidikan seperti sekolah dan institusi pendidikan guru. Antara penglibatan aktif beliau termasuklah memberikan khidmat sebagai penceramah, penulis buku teks sekolah dan jurulatih utama Pendidikan Muzik di peringkat negara.